PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN.


 PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN.


PENGENALAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN.

APAKAH ITU PENGURUSAN TINGKAH LAKU????

Tingkah laku ialah apa yang dilakukan oleh seseorang individu dan semua tindakan manusia yang dapat diperhati dan dinilai secara separa sedar atau sedar. Manakala pengurusan tingkah laku ialah satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan kaedah yang sesuai(Dr.Ragbir Kaur A/P Joginder Sigh). Setiap guru mesti mempunyai satu pengurusan tingkah laku kawal kelas,pembelajaran yang sihat


JENIS-JENIS TINGKAH LAKU.

TINGKAH LAKU BERMASALAH
Tingkahlaku Bermasalah
Tingkahlaku Bermasalah Positif
Ø Bergantung
Ø Disruptif
Ø Distruktif
Ø Ingin Tahu
Ø Cepat Belajar
Ø Pintar Cerdas
Ø Proaktif




TINGKAHLAKU BERGANTUNG
TINGKAHLAKU DISRUPTIF
TINGKAHLAKU DISTRUKTIF
TINGKAH LAKU YANG MENGHALANG
TINGKAH LAKU YANG MENGGANGGU
TINGKAHLAKU ANTISOSIAL
MEMBAHAYAKAN DIRI SENDIRI
MEMBAHAYAKAN ORANG LAIN
MEMBAHAYAKAN DIRI SENDIRI ,SEKOLAH DAN MASYARAKAT
-KEBIMBANGAN
-PENGASINGAN DIRI
-PERGANTUNGAN BERLEBIHAN
-RENDAH DIRI
-HIPERAKTIF
-KELAKUAN NAKAL
-BISING
-KETAWA KUAT
-AGRESIF
-GANGSTERISME
-VANDALISME
-KUMPULAN LIAR



TEKNIK-TEKNIK PENGURUSAN TINGKAHLAKU

v PENGUKURAN PERSONAL
v TEKNIK PENCEGAHAN
v TINDAKAN PEMBETULAN


Teknik Modifikasi Tingkah Laku dan Disiplin

      Teknik modifikasi tingkah laku ini merupakan satu intervensi yang boleh digunakan oleh guru dalam menguruskan tngkah laku dan disiplin di dalam bilik darjah.
      Antara teknik modifikasi tingkah laku yang boleh digunakan adalah:
      1) Peneguhan : peneguhan positif, peneguhan negatif
      2) Denda
      3) Penghapusan/pelupusan
      4) Prinsip Premack


PENEGUHAN POSITIF

      Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.
      Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
      Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti:
1) memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan,
2) memberikan senyuman yang ikhlas
3) menepuk bahu pelajar sebagai tanda bangga.
4) memberi hadiah

PENEGUHAN NEGATIF

      Peneguhan  negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.
      Organisme kemungkinan mengulang tingkah laku yang dapat mengelak atau mengurangkan keadaan yang negatif.
      Peneguhan dapat dilakukan secara berterusan atau berkala.

DENDA

      Denda adalah satu proses atau tatacara untuk menghentikan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini.
      Skinner berpendapat bahawa denda hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu, tingkah laku yang tidak diingini biasanya diulangi lagi.
      Contohnya, murid yang didenda, kerana tidak boleh menguasai setengah-tengah kemahiran matematik, mungkin akan timbulnya sikap kebencian terhadap pembelajaran matematik.

PELUPUSAN/PENGHAPUSAN

      Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya.
      Bertujuan mengurangkan dan melupuskan tingkah laku yang tidak diingini.
      Sebagai contohnya, jika  guru ingin seorang murid untuk bertindak laku dalam cara tertentu, dia boleh mewujudkan situasi dimana murid-murid tidak mendapatkan sebarang peneguhan atau perhatian selepas menunjukkan sesuatu tingkah laku bermasalah.

Kesan Teknik Modifikasi Tingkah Laku Terhadap Pengajaran & Pembelajaran.

      Kemahiran atau teknik yang baru dipelajari diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya dapat dikukuh dan dikekalkan
      Peneguhan yang positif membawa keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan.
      Prinsip pelupusan/penghapusan sesuai  untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diingini.
      Membantu pelajar menguasai konsep supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat.
      Kadangkala, peneguhan negatif sesuai untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini. Misalnya, menarik balik pemberian waktu rehat jika pelajar tidak mematuhi peraturan atau displin bilik darjah.

CIRI – CIRI TINGKAH LAKU     POSITIF DAN TINGKAH LAKU NEGATIF.

      Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah.
      Kajian membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif dan negatif.
      Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif.
      Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan.
      seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkah laku positif atau negatif, ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
      Antara ciri-ciri yang ada pada murid-murid yang bermasalah tingkah laku :
      penumpuan yang singkat,
      memencil dan menarik diri daripada aktiviti kelas,
      terlalu bergantung kepada seseorang,
      tidak mesra dengan guru dan orang lain,
       gopoh dan tidak sabar,
      motivasi kendiri rendah,
      agresif,
      melanggar perintah,
      sentiasa mempunyai perasaan negative,
      memberi jawapan sesuka hati,
      kurang kemahiran mengawal emosi,
      perlakuan hiperaktif dan sering resah serta kurang kepercayaan terhadap kebolehan diri.

Antara faktor yang mempengaruhi pengurusan tingkah laku positif dan negatif:
      kedudukan tempat duduk murid yang jauh dari guru.
      Susun atur peralatan seperti meja, kerusi, almari
      alat bahan mengajar yang dipamerkan

Tatacara Menyelesaikan Masalah Disiplin

Setiap masalah mempunyai jalan menyelesaian. Oleh itu, tatacara menyelesaikan masalah disiplin penting dilaksanakan disekolah. Antara tatacara seperti berikut:
      Guru yang menerima aduan itu perlu memastikan kebenaran dan segala aduan dan kesalahan adalah dianggap secara objektif.
      Ketepikan perasaan marah dan elakkan dari membuat kesimpulan terburu-buru tanpa menyiasat.
      Guru perlu menentukan bahawa ada bukti berkaitan dengan tuduhan tersebut.
      Pastikan suasana adalah tenang antara guru dan pelajar sebelum menjalankan penyiasatan.
      Beri peluang kepada pelajar untuk memberi penjelasan terhadap sesuatu tuduhan.
      Guru hendaklah menyedarkan pelajar mengenai kesalahannya.
      Jika usaha untuk mengubah kelakuan pelajar gagal, dapatkan bantuan guru kaunseling untuk menyelesaikannya.
      Jika masih gagal, pelajar tersebut hendaklah dihantar ke kepada guru disiplin.
      Jika masalah masih tidak dapat diatasi lagi (masalah serius), kes boleh dirujukkan kepada pengetua dan pelajar itu akan dibawa ke Lembaga Disiplin untuk diambil tindakan seterusnya Pihak lembaga akan menyiasat kes secara terperinci sebelum hukuman dijatuhkan.
      Pelajar diberi peluang untuk membela diri, hak untuk didengar dan mengemukakan alasan dalam bentuk bertulis.
      Pihak lembaga Disiplin akan membuat keputusan dan hukuman dikenakan jika didapati pelajar benar-benar bersalah.
      Pihak lembaga akan memberitahu ibu bapa pelajar.
      Pelajar akan dikenakan hukuman gantung dari persekolahan dalam tempoh masa yang ditentukan atau tindakan lain yang bersesuaian.

Peraturan dan Undang-undang Kawalan Disiplin Pelajar di Malaysia

Secara umumnya, kosep disiplin merangkumi latihan membentuk, membetul ataupun melengkapkan suatu sistem peraturan berkenaan tingkah laku mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Pada peringkat sekolah, disiplin adalah peraturan yang dikenakan ke atas pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. (Mohd.Ismail Osman,2008)

KESAN-KESAN MASALAH DISIPLIN PELAJAR

v KESAN KEPADA DIRI SENDIRI
Ø Tidak dapat menumpuhkan perhatian kepada proses P&P dalam kelas menyebabkan prestasi mereka merosot
Ø Menimbulkan masalah kepada pelajar lain

v KESAN KEPADA SEKOLAH
Ø Menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan guru dan pelajar dari luar serta ibu bapa
Ø Rekod buruk sekolah akan menjejaskan nama baik sekolah sebagai tempat melahirkan modal insan kelas pertama

v . KESAN KEPADA NEGARA
Ø Imej baik sesebuah negara itu dapat dilihat melalui sifat, tingkah laku serta akhlak wargenegaranya dalam kehidupan seharian.
Ø Memberi kesan yang negatif kepada negara mengenai pandangan dunia luar. Para pelancong tidak akan datang ke negara yang mempunyai masalah sosial. Hal ini kerana, mungkin mereka akan bimbang akan keselamatan mereka. Apabila keadaan ini belaku, ia akan menjejaskan institusi perlancong negaraseterusnya menjejaskan ekonomi negara.

Comments

Popular posts from this blog

SINOPSIS NOTA KULIAH 1