BAB 2: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN


Definisi Pengurusan.

        Harold Koontz (1972) mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan.
        Mary Parker Follet (1995) mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain.
        Menurut perspektif Islam, pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi- fungsi pengurusan secara fitrah
        melalui dan bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dan menggunakan sumber- sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik
        dan sentiasa berubah-ubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai al- falah di dunia dan di akhirat.


Definisi Pembelajaran.
  •    Pembelajaran adalah suatu proses yang unik dan subjektif yang menghasilkan fahaman, penghayatan dan kemampuan bertindak secara bebas

        Pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam perlakuan pelajar yang dididik hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan.

        Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku secara kekal. Pembelajaran mesti diterjemahkan kepada tingkah laku yang boleh diperlihatkan. 

Pengurusan Pembelajaran.

        Proses di mana perancangan, pengawalan dan kepimpinan dalam suatu keadaan atau situasi dapat menimbulkan perubahan tingkah laku dalam diri seseorang melalui pencapaian.
        Persediaan yang perlu dilakukan oleh guru dan pelajar sebelum suatu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas

Peranan Guru.

        Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah.
        Sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pelajar berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai.
        Sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan.
        Sebagai pengurus bilik darjah seperti menyusun rutin bilik darjah, menentu corak penyusunan meja dan sebagainya.
        Sebagai ibu bapa kepada pelajar, demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar. Peranan ini akan membantu pelajar menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka.
        Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat.
        Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa pelajar.

Konsep Pengurusan Pembelajaran.
  • Kawal
  • Rancang
  • Pengalaman 
  • Mengarah


Mengawal

  • ·        Mengawal peraturan bilik darjah.
  • ·        Mengawal aktiviti berkumpulan.
  • ·        Mengawal murid yang bermasalah peribadi.
  • ·        Mengawal suasana bilik darjah.


Merancang
  • ·        Merancang objektif pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan pengetahuan sedia ada murid.
  • ·        Merancang strategi dan kaedah pengajaran yang efektif.
  • ·        Merancang alat bantu mengajar yang lebih berkesan.
  • ·        Merancang pemeringkasan isi pelajaran supaya pelajar jelas dengan pelajaran yang mereka belajar.
  • ·        Merancang aktiviti penilaian.


Pengalaman

  1. Kaitankan pembelajaran dengan pengalaman sedia ada pelajar.
    • Ulang, sesi soal jawap.
    • Penting dalam mepelajaran yang lepas mbantu pelajar memahami sesi pembelajaran yang dijalankan.
  2. merancang pemikiran pelajar dengan soalan.
    • Fikir bersama, ramalan, cabar minda pelajar.
Gagne (1974) menyatakan bahawa pembelajaran adalah perubahan pemikiran, perubahan kebolehan, perubahan tingkah laku dan pembelajaran perlukan rangsangan supaya meninggalkan kesan yang lebih bermakna

Mengarah

        Mengarah pelajar supaya menumpukan perhatian kepada pengajaran.
        Mengarah pelajar untuk menjawap soalan yang diutarakan.
        Mengarah pelajar menguruskan tugasan harian bilik darjah.
        Mengarah pelajar untuk mematuhi displin yang telah ditetapkan.

FAKTOR FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

Ø  Bilik Darjah
Ø  Diri Sendiri
Ø  Ibu Bapa

Persepsi guru terhadap pengurusan dan pembelajaran secara koperatif dalam bilik darjah

v  Johnson et. al (1998), pembelajaran koperatif merupakan nadi kepada     pembelajaran berasaskan masalah.
ü  Koperatif : pembelajaran koloboratif (pembelajaran semula jadi)
ü   tidak seperti pembelajaran latihan yang mempunyai struktur dan sasaran pembelajaran yang jelas dan kuat.
ü  tetapi ia menjurus kepada situasi pembelajaran bersama yang memberi kesan secara langsung atau tidak kepada individu dan ahli kumpulan.    
v  Pembelajaran koperatif juga merupakan pembelajaran yang melibatkan sekumpulan pelajar yang mempunyai satu matlamat yang sama yang melibatkan penyelesaian masalah ( Artz & Newman 1990)
v  Kefahaman pertama tentang pembelajaran koperatif adalah ia merupakan kaedah pembelajaran berkumpulan yang efektif dan seharusnya memberi kesan dan pengalaman terhadap setiap ahli yang melaluinya berbanding pembelajaran berkumpulan biasa (Jacobs, 2004).
v  Berdasarkan Ng kim Choy (1999), proses pembelajaran koperatif yang efektif mempunyai beberapa prinsip asas iaitu kebergantungan secara positif dimana setiap ahli saling memerlukan untuk mencapai matlamat bersama, akauntabiliti individu iaitu bertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri, interaksi dalam kumpulan serta penggunaan kemahiran sosial seperti kepimpinan, membuat keputusan atau membina kepercayaan.
v  Guru-guru bersetuju bahawa pembelajaran koperatif merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang dapat menghidupkan suasana yang menarik di dalam kelas selain dapat membina sikap pelajar yang lebih positif dalam proses pembelajaran.
v  Pembelajaran koperatif juga dapat membentuk pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar berbanding kaedah sedia ada yang lebih berpusatkan guru.


Rumusan
Pengurusan dan pembelajaran amat penting dalam sebuah proses pembelajaran, agar proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan dengan lebih berkesan.










Comments

Popular posts from this blog

PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN.

SINOPSIS NOTA KULIAH 1

SINOPSIS NOTA KULIAH 3