SINOPSIS NOTA KULIAH 3



SINOPSIS NOTA KULIAH 3







PROSES SOSIALISASI

Sosialisasi adalah proses di mana seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh masyarakat bagi membentuk personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. Sosialisasi adalah proses seumur hidup. Tanpa sosialisasi seseorang tidak dapat berinteraksi, bekerja sebagai satu kumpulan atau melakukan kawalan diri. Sosialisasi bukan sahaja menolong seseorang memainkan peranan sosialnya dengan sempurna tetapi secara keseluruhannya ia juga boleh dikatakan sebagai alat untuk mengekalkan kumpulan dan masyarakat. Idea-idea, nilai-nilai dan pola-pola tingkah laku yang menyatukan masyarakat akan terus kekal walaupun ahli-ahlinya berganti.

Comments

Popular posts from this blog

PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN.

SINOPSIS NOTA KULIAH 1