PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA (Tajuk Kajian Kami)

Bab 10: Pengurusan Pelbagai Budaya


 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA 

      Menurut Kamus Dewan Bahasa & Pustaka edisi yang ke-4, perkataan “Pengurusan” didefinisikan sebagai pengawalan pengelolaan dan penyelenggaraan. Dengan kata lain, pengurusan boleh didefinisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan.
 Dalam pengertian umum, budaya merupakan seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses pembelajaran.
 Konsep Pengurusan Budaya ialah satu konsep penyusunan dan perancangan yang teratur bagi sesebuah sekolah yang terdiri daripada pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang
      Budaya yang diterapkan ialah
- Budaya Belajar
          - Budaya Menghormati
          - Budaya Nilam


DEFINISI Teori Budaya Sekolah

      Budaya sekolah merupakan kualiti dan ciri-ciri kehidupan di sesebuah sekolah yang berhubung kait dengan norma, matlamat, hubungan sesama manusia, pengajaran,  pembelajaran,  kepemimpinan dan struktur organisasi.
      Budaya sekolah  yang seimbang dan positif dapat membantu perkembangan pembelajaran generasi  muda  khususnya  para  pelajar.
      Budaya  sekolah  yang  sihat  dapat  membantu  melahirkan generasi  pelajar,  keluarga  dan  pendidik  yang bekerjasama  dalam menjayakan  setiap  visi,  misi  dan aspirasi sekolah (Cohen, 2007).


Model Budaya Sekolah

      1). Model OHI (Organization Health Inventory)
*Menurut Hoy dan Miskel (1996), telah mendefinisikan bahawa budaya sekolah yang sihat adalah sekolah yang hidup dalam persekitarannya tetapi boleh mengadaptasi dalam jangka masa yang panjang dan berkembang.
*Ini bermakna sekolah yang sihat berjaya mengurus tekanan dari luar dan berkesan menggunakan tenaga yang ada untuk memahami objektif dan organisasi.

       2). Model Iklim Organisasi
*Model ini mengandungi 5 kumpulan asas iaitu terdiri daripada konteks organisasi, struktur organisasi, iklim organisasi, individu dan persekitaran individu. Organisasi ini terletak dalam konteks persekitaran kebudayaan dan ekonomi serta merangkumi aspek-aspek ekonomi, politik, sosial dan ciri-ciri penempatan.
      Iklim organisasi atau dengan kata lain budaya organisasi itu akan mempengaruhi individu dari segi tingkah laku dan ciri-ciri perbandingan seperti personaliti, keinginan, kebolehan, kepuasan, matlamat dan pencapaian.-Payne dan Pugh (1976).

3). Model Organisasi Berkesan (Organizational Effectiveness Model)
      Dalam model ini, beberapa perkara penting iaitu kuantiti produk, kualiti produk, ketepatan, kebolehsuaian dan fleksibel.
      kelima kriteria ini adalah penting untuk mendefinisikan tentang kebolehan sesuatu organisasi untuk menggerakkan kuasa pusat untuk mencapai matlamat dan membuat pengubahsuaian.
      Sekolah yang berkesan akan menghasilkan pelajar yang mempunyai keputusan yang baik dan melahirkan perlakuan pelajar yang positif iaitu para pelajar yang dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan boleh berhadapan dengan masalah yang timbul. -Mott (1972)


Faktor Kewujudan Budaya Sekolah:
ü Peraturan dan undang - undang
ü Waktu persekolahan
ü Pengasingan pelajar
ü Upacara dan keramaian
ü Matlamat sekolah

Jenis Budaya di Sekolah
Ø Budaya Instrumental
Ø Budaya Ekspresif

Budaya Instrumental
       Penekanan diberi kepada kemahiran dan sikap pelajar untuk berjaya dengan cemerlang.
      Sekolah memberi nilai yang tinggi kepada pencapaian yang tinggi dan kaedah – kaedah yang baik untuk mencapai matlamat ini.

Budaya Ekspresif
      Penekanan diberi kepada aspek – aspek seni, kreatif dan aspek – aspek yang menarik minat pelajar.
      Tujuannya ialah untuk memuaskan kehendak kreatif dan seni para pelajar .
       Aktiviti diadakan untuk mereka menghilangkan ketegangan , serta meluahkan tenaga tanpa sebarang kawalan daripada kakitangan sekolah.

Budaya Moral
      Dapat dilihat melalui amalan di sekolah yang dilakukan untuk membentuk tingkah laku yang baik di kalangan pelajar dan guru.


Budaya Dominan di Sekolah

Budaya:
v Formal
v Informal


BUDAYA fORMAL

v Sistem pendidikan yang ditentukan oleh kerajaan mengikut dasar sesebuah negara.
v Pendidikan secara langsung yang diterima daripada institusi – institusi tertentu seperti sekolah, universiti atau  maktab.
v Tujuan pendidikan formal
Ø  mengembangkan aspek – aspek tertentu seperti Kognitif (mental dan pemikiran), Afektif (nilai dan sikap) serta aspek Psikomotor (kemahiran fizikal dan jasmani).
v  Contoh : Aktiviti kokurikulum, kelab persatuan dan unit beruniform.


BUDAYA  inFORMAL

ü Pembelajaran yang terlaksana secara tidak langsung atau secara tidak sedar.
ü Ilmu pengetahuan biasanya akan diperoleh melalui pengalaman di sekitarnya.
ü Pembelajaran informal tidak menetapkan isi pelajaran atau bahan pelajaran yang perlu dikuasai.
ü Tidak ada penilaian digunakan untuk menentukan pencapaiannya.

Comments

Popular posts from this blog

PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN.

SINOPSIS NOTA KULIAH 1

SINOPSIS NOTA KULIAH 3