Posts

SINOPSIS NOTA KULIAH 5

Image
SINOPSIS NOTA KULIAH 5 Pengurusan Murid Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Tujuan Mengurus Rekod Murid 1. Mantapkan sistem pengurusan murid di sekolah 2. Kemaskini profil murid 3. Mengetahui perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar 4. Meyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek perkembangan potensi (JERI) 5. Sebagai panduan kepada ibu bapa dalam memahami kemajuan dan kebolehan anak mereka. 6. Sebagai panduan kepada pelajar itu sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing.

SINOPSIS NOTA KULIAH 4

Image
SINOPSIS NOTA KULIAH 4 KEPIMPINANAN DAN ORGANISASI Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti “keupayaaan memimpin” dan kepemimpinan pula “keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin” (Kamus Dewan 1994). Terdapat beberapa gaya kepimpinan yang oleh seseoarang pemimpin itu. Antaranya ialah  autokratik ,  demokratik ,  laissez-faire ,  kontengensi ,  asertive ,  responsive   dan   kontigensi . Selain itu, bab ini menerangkan kepimpinan yang berada di peringkat sekolah terdiri daripada pengetua, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan HEM, PK koko dan guru kanan bidang.

SINOPSIS NOTA KULIAH 3

Image
SINOPSIS NOTA KULIAH 3 PROSES SOSIALISASI Sosialisasi adalah proses di mana seseorang individu mempelajari dan menerima nilai,  sikap, kemahiran yang dipunyai oleh masyarakat bagi membentuk personalitinya yang tersendiri  untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. Sosialisasi adalah proses seumur hidup. Tanpa  sosialisasi seseorang tidak dapat berinteraksi, bekerja sebagai satu kumpulan atau melakukan  kawalan diri. Sosialisasi bukan sahaja menolong seseorang memainkan peranan sosialnya  dengan sempurna tetapi secara keseluruhannya ia juga boleh dikatakan sebagai alat untuk  mengekalkan kumpulan dan masyarakat. Idea-idea, nilai-nilai dan pola-pola tingkah laku yang  menyatukan masyarakat akan terus kekal walaupun ahli-ahlinya berganti.

SINOPSIS NOTA KULIAH 2

Image
SINOPSIS NOTA KULIAH 2 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN Menerangkan bagaimana profesion seorang guru itu menguruskan pembelajaran kepada murid dengan menggunakan pelbagai kaedah dan cara yang sesuai.

SINOPSIS NOTA KULIAH 1

Image
SINOPSIS NOTA KULIAH 1 SOSIOLOGI PENDIDIKAN Sosiologi pendidikan adalah satu bidang sains kemasyarakatan. sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat. Dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat kepada pendidikan dari perspektif sosiologi. Selain itu, sosiologi merupakan kajian santifik tentang masyarakat manusia dan tingkah laku sosial manusia. Tujuan sosisologi adalah untuk menyelidik, mengetahui dan memahami struktur asas masyarakat manusia, faktor- faktor yag menyatukan dan melemahkan kumpulan dan untuk mempelajari keadaan-keadaan yang mengubah kehidupan masyarakat.Ilmu sosiologi juga tertumpu kepada kelompok masyarakat. Sosiologi meneliti pembentukan dan corak perhubungan sosial manusia dalam kelompoknya. Sosiologi pendidikan telah lebih dipengaruhi oleh para sosiologiseperti Auguste Comte, Emile Durheim, Herbert Spencer, Edward Ross, Charles Cooley,   Albion small dan Leste

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA (Tajuk Kajian Kami)

Bab 10: Pengurusan Pelbagai Budaya  PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA   •        Menurut Kamus Dewan Bahasa & Pustaka edisi yang ke-4, perkataan “Pengurusan” didefinisikan sebagai pengawalan pengelolaan dan penyelenggaraan. Dengan kata lain, pengurusan boleh didefinisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan. •   Dalam pengertian umum, budaya merupakan seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses pembelajaran. •   Konsep Pengurusan Budaya ialah satu konsep penyusunan dan perancangan yang teratur bagi sesebuah sekolah yang terdiri daripada pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang •        Budaya yang diterapkan ialah - Budaya Belajar            - Budaya Menghormati            - Budaya